KEADAAN sebahagian kawasan sekitar Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang mengalami kenaikan air namun terkawal berikutan fenomena air pasang besar. FOTO Faiz Anuar
KEADAAN sebahagian kawasan sekitar Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang mengalami kenaikan air namun terkawal berikutan fenomena air pasang besar. FOTO Faiz Anuar
Ruwaida Md Zain


KLANG: Paras air Sungai Klang di Stesen Bandar Klang dan Stesen Taman Sri Muda berada pada status amaran setakat jam 9.45 pagi ini.

Menurut laman sesawang InfoBanjir, bacaan paras air di Stesen Bandar Klang adalah 4.7 meter (amaran) berbanding bacaan normal 2.8 m.

"Bagi Stesen Taman Sri Muda pula, bacaan air pada paras 2.72 m (amaran) berbanding bacaan normal pada 2.2 m.

"Stesen Tugu Keris di Klang mencatatkan bacaan 3.56 m (berjaga-jaga) berbanding paras normal pada 1.7 meter," menurut laman sesawang itu.

Sementara itu,Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang turut melaporkan perkembangan terkini dari masa ke semasa berhubung kejadian banjir pagi hari ini.

"Orang ramai diminta untuk bersedia dan sentiasa peka dengan keadaan alam sekeliling.

"Laporan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067," menurut laman itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 10:26 AM