SHEIKH Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia di Qatar. FOTO AFP
SHEIKH Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia di Qatar. FOTO AFP
Aizat Sharif

Arau: Perlis akan melaksanakan solat jenazah ghaib susulan pemergian ulama tersohor dunia, Sheikh Yusuf Dr Abdullah al-Qaradawi di seluruh masjid di negeri itu selepas solat Zohor, esok.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail memperkenan dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas al-Imam al-'Allamah As-Syeikh Yusuf Al-Qaradawi Rahimahullah di masjid seluruh Perlis.

"Memandangkan solat jenazah ke atas Rahimahullah dimaklumkan akan dilaksanakan pada waktu Asar di Qatar, pada hari ini, maka pelaksanaan solat jenazah ghaib ke atas Rahimahullah di masjid seluruh Perlis adalah diselaraskan sejurus selepas solat Zuhur esok iaitu pada Rabu bersamaan 28 September," titahnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia di Qatar, pada Isnin.

Beliau berusia 96 tahun,

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2022 @ 9:47 AM