STESEN pam minyak di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) mengalami tumpahan minyak selepas dirempuh sebuah kereta tengah malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
STESEN pam minyak di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) mengalami tumpahan minyak selepas dirempuh sebuah kereta tengah malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Stesen pam minyak di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) mengalami tumpahan minyak selepas dirempuh sebuah kereta tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan melalui Mers999 pada jam 12.13 tengah malam seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur, Mohd Yusarini Idrus berkata, seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun ke lokasi kejadian,

Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta merempuh pam minyak di stesen berkenaan.

"Ketika tiba, mangsa tiada di dalam kereta di mana kemalangan itu menyebabkan berlaku tumpahan minyak.

"Pasukan Bomba bertindak membersihkan minyak berkenaan untuk mengelakkan daripada terjadi kejadian yang tidak diingini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pembersihan tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2022 @ 1:50 PM