KEADAAN pergelangan tangan kanan Ezwan yang hancur. FOTO Ihsan Keluarga.
KEADAAN pergelangan tangan kanan Ezwan yang hancur. FOTO Ihsan Keluarga.
Omar Ahmad


Johor Bahru: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja bengkel servis pemadam api, hancur selepas tabung alat pemadam api meletup di Jalan Bakawali 37, Taman Johor Jaya, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Ezwan Othman, 42.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.39 petang.

"Setibanya di tempat kejadian didapati berlaku letupan tabung alat pemadam api debu kering ketika kerja-kerja 'compress' di dalam kawasan kilang.

"Kejadian menyebabkan seorang mangsa cedera. dan dihantar ke hospital menggunakan kenderaan awam sebelum pasukan tiba," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Ernalisa Othman, 36 berkata, abangnya kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Katanya, pergelangan tangan kanan kemungkinan dipotong kerana urat saraf rosak dan tidak dapat diselamatkan.

"Doktor maklumkan jika boleh boleh diselamatkan ia akan disambungkan semula, tetapi jika teruk ia akan dipotong.

"Terdapat juga kecederaan di bahagian perut mungkin akibat terkena serpihan alat pemadam api yang meletup.

"Abang akan menjalani pembedahan malam ini," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 9:26 PM