DUA individu maut apabila kenderaan dinaiki terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri tengah malam tadi. Gambar ihsan Bomba
DUA individu maut apabila kenderaan dinaiki terbabas berhampiran Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri tengah malam tadi. Gambar ihsan Bomba
Omar Ahmad


Iskandar Puteri: Polis bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mengesan dua suspek yang terbabit dalam kejadian khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kedua-dua suspek yang juga warga Singapura kini dipercayai berada di republik itu.

"Kita sedang berurusan dengan pihak SPF untuk kesan suspek terbabit.

"Polis juga sudah menerima laporan daripada mangsa yang merupakan warga Singapura," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Pada Ahad lalu, Rahmat menerusi kenyataan berkata, kejadian khianat itu dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.

Katanya, dalam kejadian pada Sabtu lalu, mangsa yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.

"Suspek berhentikan kenderaan sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan kemudiannya turun dari kenderaan terbabit. Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit dan mengeluarkan perkataan serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

"Sementara itu suspek perempuan bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampak nombor pendaftaran itu ke arah cermin hadapan kereta mangsa," katanya ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura.

Sebelum itu tular sebuah video berdurasi dua minit enam saat berhubung kejadian terbabit di media sosial.

Video itu memaparkan tindakan seorang wanita berdiri di hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard dan menahannya daripada bergerak di Linkedua menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Dalam rakaman video itu, turut memperlihatkan wanita terbabit mencabut nombor plat kenderaan berkenaan dan membalingnya.

Ketika wanita itu beredar, seorang lelaki muncul dari sebuah kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran Singapura dan menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu Alphard.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 2:55 PM