Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Tukang cuci kereta dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol kanak-kanak perempuan yang dikenalinya menerusi media sosial.

Hukuman dijatuhkan Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan di sebuah rumah di daerah ini jam 7 malam pada 11 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2022 @ 3:11 PM
TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
TERTUDUH dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. FOTO Zatul Iffah Zolkiply