Tajuddin pada sidang media mengenai pemecatan beliau daripada MKT Umno di Eastin Hotel Petaling Jaya. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Tajuddin pada sidang media mengenai pemecatan beliau daripada MKT Umno di Eastin Hotel Petaling Jaya. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Mohd Iskandar Ibrahim

mohd_iskandar@@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa melepaskan jawatannya secara terhormat demi kepentingan parti.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, Ahmad Zahid perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi nakhoda parti.

"Kesimpulannya, untuk kepentingan parti, sudah sampai Ahmad Zahid dengan cara baik melepaskan jawatan Presiden parti, bagilah peluang kepada orang lain.

"Ahmad Zahid sudah menjadi liabiliti kepada Umno, tak boleh mengepalai Umno dalam pilihan raya akan datang, kita akan kalah, tanyalah orang awam, orang profesional," katanya pada sidang media hari ini.

Tajuddin berkata, adalah lebih baik untuk Ahmad Zahid memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Katanya, amalan terdahulu menyaksikan mana-mana pemimpin yang terbabit dengan sesuatu kes, tidak akan berada dalam parti mahupun kerajaan.

Justeru, beliau berkata, Ismail Sabri dilihat pemimpin yang sesuai untuk menjadi Presiden Umno.

"Ismail Sabri dapat banyak sokongan akar umbi untuk menjadi Presiden," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 6:14 PM