Umat Islam wajib membayar Zakat Fitrah menjelang bulan Ramadan. - FOTO Vecteezy
Umat Islam wajib membayar Zakat Fitrah menjelang bulan Ramadan. - FOTO Vecteezy
Muhamad Shaifullah Tayep

TIBA bulan Ramadan menandakan umat Islam wajib menunaikan Rukun Islam keempat iaitu membayar Zakat Fitrah.

Ia difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan di bulan Ramadan bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

Bagaimanapun, kesibukan di tempat kerja atau menguruskan hal keluarga kadangkala menghadkan umat Islam untuk berbuat demikian.

Memudahkan rakyat Malaysia menunaikan kewajipan di hujung jari, Maybank tampil dengan ciri bayaran Zakat Fitrah ketika bulan Ramadan dalam aplikasi MAE.

Inisiatif institusi perbankan itu adalah solusi paling bermanfaat untuk mereka yang mempunyai kekangan masa, selain mengelakkan sentuhan dan perjumpaan yang berpotensi meningkatkan penularan wabak Covid-19.

Image

Pengguna hanya perlu memilih jenis zakat dan beras pilihan, memasukkan butiran peribadi dan sistem akan mengira secara automatik jumlah bayaran yang perlu dibuat.

Sebelum membuat bayaran, pastikan anda membaca niat yang tertera pada skrin aplikasi MAE bagi melengkapkan rukun Zakat Fitrah.

Selain membayar zakat, aplikasi MAE turut membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran bil, tambah nilai prabayar dan pembelian di kedai runcit.

Sempena musim perayaan ini, Maybank turut mengadakan kempen Scan & Pay di aplikasi MAE yang memberikan peluang pengguna untuk merebut pulangan tunai RM100.

Setiap perbelanjaan minimum RM30 yang dibayar menggunakan ciri Scan & Pay di aplikasi MAE melayakkan anda untuk memenangi pulangan tunai sehingga RM100 yang ditawarkan sekali setiap hari sepanjang tempoh kempen bermula 5 hingga 31 MeiĀ  2022.

Hanya imbas kod QR DuitNow di kedai terpilih menggunakan ciri Scan & Pay di lebih 300,000 kedai seluruh negara, buat bayaran dan pulangan tunai RM100 mungkin jadi milik anda.

Lebih menyeronokkan, pulangan tunai RM100 ini layak direbut sesiapa sahaja biarpun anda bukan pemegang akaun Maybank.

Buka akaun anda di aplikasi MAE hari ini secara percuma untuk menikmati semua manfaat yang disebutkan tadi.

Hanya muat turun aplikasi MAE di App Store, Play Store atau HUAWEI AppGallery, imbas dan rebut peluang untuk memenangi pulangan tunai hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2022 @ 10:47 AM