LELAKI berusia 40-an ditahan kerana dipercayai menetak anaknya di Kampung Awak, Teluk Bahang. FOTO Ihsan PDRM
LELAKI berusia 40-an ditahan kerana dipercayai menetak anaknya di Kampung Awak, Teluk Bahang. FOTO Ihsan PDRM
Zuhainy Zulkiffli

Balik Pulau: Lelaki berusia 40-an ditahan polis selepas dipercayai menetak anaknya di Kampung Awak, Teluk Bahang di sini, Isnin lalu.

Terdahulu, lelaki itu dan mangsa yang berusia 20-an dikatakan berselisih faham dalam kejadian pada 8 malam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada pengambilan bahan terlarang.

"Suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya di sini, hari ini.

Mangsa yang cedera di badan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 April 2022 @ 12:24 PM