GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Gerik: Mayat lelaki yang hanya mengenakan tuala ditemukan dengan kesan kecederaan parah dipercayai digilis kenderaan di Kilometer 19, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dipercayai digilis kenderaan berat dan mayatnya ditemui orang awam.

"Keputusan bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Gerik mendapati, tiada kesan tusukan senjata ke badan mangsa sekali gus menafikan terdapat unsur jenayah dalam kes ini.

"Hasil bedah siasat juga mendapati, punca kematian adalah disebabkan kecederaan parah akibat dilanggar," katanya dihubungi.

Menurut beliau, tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain tiada laporan polis diterima membabitkan kehilangan mangsa.

"Kami masih mengenal-pasti identiti mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2022 @ 5:44 PM