GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seorang lelaki tempatan yang juga orang kena tahan (OKT) meninggal dunia dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 7.30 pagi.

"Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

"OKT ditahan semalam dan sepatutnya direman di mahkamah pada hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2022 @ 6:12 PM