Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Tiada keperluan untuk Terengganu membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri membuat keputusan itu seperti diputuskan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Terengganu tidak akan membubarkan Dun sama seperti Kelantan dan Kedah.

"Kita sudah buat keputusan seperti mana kenyataan media Presiden Pas bahawa tiga negeri (iaitu) Terengganu, Kelantan dan Kedah, Insya Allah tidak (bubar Dun).

"Tiada ada keperluan untuk bubar Dun (dan) kita akan pergi sehingga habis penggal.

Dr Ahmad Samsuri semasa sidang media pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. FOTO GHAZALI KORI
Dr Ahmad Samsuri semasa sidang media pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. FOTO GHAZALI KORI

"Saya ada terbaca kenyataan daripada Pakatan Harapan (PH) untuk negeri di bawah PH tidak akan membubarkan (Dun) atas sebab-sebab mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan media memaklumkan Dun bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan sehingga tamat tempoh penggal.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 2:52 PM