JELEBU 7 MAC 2022.( ) Jalan peringkat tiga Felda Titi yang runtuh dan  JKR menutup laluan berkenaan kepada semua kenderaan kecuali motosikal. Foto ihsan pembaca
JELEBU 7 MAC 2022.( ) Jalan peringkat tiga Felda Titi yang runtuh dan JKR menutup laluan berkenaan kepada semua kenderaan kecuali motosikal. Foto ihsan pembaca
Abnor Hamizam Abd Manap


Jelebu: Jalan Peringkat Tiga Felda Titi yang menghubungkan kuarters Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar, Jelondong ditutup kepada semua kenderaan kecuali motosikal berikutan sebahagian jalan runtuh.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata, jalan berkenaan ditutup JKR kerana berisiko untuk runtuh sepenuhnya.

Katanya, penutupan jalan berkenaan atas faktor keselamatan dan JKR akan melakukan pemantauan dari masa ke semasa.

"Kami menerima laporan kejadian jalan runtuh pada 9 malam ini.

"Penunggang motosikal dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2022 @ 11:59 PM