PENDUDUK membersihkan kawasan rumah yang dilanda lalu di Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu, semalam. FOTO Ghazali Kori
PENDUDUK membersihkan kawasan rumah yang dilanda lalu di Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu, semalam. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seramai 678 mangsa daripada 232 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hulu Terengganu.

Jumlah mangsa yang terjejas tidak menunjukkan perubahan berbanding jam 12 tengah malam tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, kesemua PPS berkenaan dibuka secara berperingkat bermula 25 Februari lalu.

Empat PPS yang masih beroperasi adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Menerong Kampung Gunung, Balai Raya Kampung Kemat, Dewan Institut Felcra Betong dan Felcra Gunung Menerong.

PPS di Dewan Institut Felcra Betong merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 338 mangsa daripada 101 keluarga.

Ia diikuti PPS Balai Raya Kampung Kemat yang dibuka bagi menempatkan 201 mangsa daripada 72 keluarga.

Sementara itu, PPS di SK Menerong Kampung Gunung dan Felcra Gunung Menerong masing-masing menempatkan 83 mangsa dan 56 mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 10:31 AM