LOKASI kemalangan. FOTO ihsan Polis
LOKASI kemalangan. FOTO ihsan Polis
Raja Noraina Raja Rahim


Petaling Jaya: Wanita berusia 24 tahun maut digilis lori di Kilometer 19 Lebuhraya Pantai Baru (NPE) berhampiran Taman Maju Jaya di sini, 8.50 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori.

"Siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal di laluan sebelah kanan bergesel dengan lori menyebabkannya terjatuh lalu digilis kenderaan itu.

"Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Justeru, beliau meminta individu yang menjadi saksi atau berada di tempat kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Februari 2022 @ 2:58 PM