BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee Fund sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

Ismail Sabri yang ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, mengenakan pakaian sedondon berwarna merah, tiba di pusat jagaan pada 11.05 pagi.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun serta pemegang amanah merangkap Pengerusi Exco Selangor King George V Silver Jubilee Fund Datuk Seri Yong Seng Yeow.

Ismail Sabri dan isteri meluangkan masa kira-kira 40 minit beramah mesra bersama penghuni di situ yang terdiri daripada warga emas wanita dan turut memberi limau mandarin dan ang pow kepada penghuni rumah berkenaan.

Pusat jagaan yang beroperasi sejak 1937 itu, kini dihuni 33 warga emas wanita bujang berusia antara 65 hingga 100 tahun.

PERDANA Menteri pada sidang media bersama pengamal media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Thailand, di sini hari ini. FOTO Bernama
PERDANA Menteri pada sidang media bersama pengamal media Malaysia selepas mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Thailand, di sini hari ini. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Februari 2022 @ 1:06 PM