Remaja perempuan yang ditahan bersama mercun serta bunga api dirampas. FOTO Melvin Joni
Remaja perempuan yang ditahan bersama mercun serta bunga api dirampas. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni

Mukah: Remaja perempuan berusia 19 tahun ditahan kerana menjual mercun dan bunga api di sebuah kedai di Bandar Baru Selangau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata remaja terbabit ditahan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, ketika serbuan di premis itu pada tengah hari semalam.

"Pasukan serbuan merampas 239 kotak mercun dan 29 kotak bunga bernilai lebih RM1,000 itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat, remaja perempuan itu mengaku bekerja sebagai penjaga kedai dan gagal menunjukkan lesen atau permit untuk menjual mercun dan bunga api.

Katanya, suspek dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 10:15 AM