ANTARA buku rosak selepas gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House ditenggelami air. FOTO Bernama
ANTARA buku rosak selepas gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House ditenggelami air. FOTO Bernama
KERJA pembersihan gudang Big Bad Wolf Books dan pembuangan buku yang rosak sedang dilaksanakan. FOTO Bernama
KERJA pembersihan gudang Big Bad Wolf Books dan pembuangan buku yang rosak sedang dilaksanakan. FOTO Bernama
KANAK-KANAK mencari buku yang masih boleh digunakan dari longgokan kira-kira 2 juta buku yang rosak kesan daripada banjir minggu lalu ketika tinjauan di gudang buku The Big Wolf Seksyen 33 Shah Alam, semalam. FOTO Bernama

BERNAMA

Shah Alam: Kira-kira dua hingga tiga juta buku rosak selepas gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess, Wolf House di Seksyen 33, Taman Alam Indah di sini, ditenggelami air dalam banjir yang melanda Selangor pertengahan bulan ini.

Pengasas bersama BookXcessdan Big Bad Wolf BooksAndrew Yap berkata, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.

"Namun, berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah pasti rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan begitu juga beberapa peralatan gudang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yap berkata, kerja-kerja pembersihan gudang Big Bad Wolf Books dan pembuangan buku-buku yang rosak sedang dilaksanakan.

Selain kedai buku BookXcess di Wolf House, beliau berkata, kesemua 14 kedai buku BookXcess di seluruh negara, BookXcess Online dan BookXcess dan Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.

"Hanya Wolf House, terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indan di Shah Alam ditutup sementara kerana memerlukan pengubahsuaian sepenuhnya akibat kerosakan teruk.

"Walaupun kami kehilangan dua hingga tiga juta buku, kami berhasrat untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat banjir dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka berada di sekitar gudang kami dan kami mengalu-alukan orang untuk sertai usaha altruistik kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Disember 2021 @ 1:30 PM