DATUK Dr Radzi Jidin. FOTO Arkib NSTP
DATUK Dr Radzi Jidin. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Keputusan permohonan pertukaran guru melalui eGTukar bagi pertukaran tahun hadapan akan dikeluarkan pada 6 Disember ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook berkata keputusan bagi permohonan eGTukar itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada tarikh berkenaan.

"Untuk makluman semua, insya-Allah kita akan keluarkan keputusan eGTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Disember 2021.

"Dan ini, insya-Allah akan memberi ruang untuk guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya. Sama-sama kita tunggu 6 Disember ini," katanya.

Radzi berkata keputusan eGTukar itu adalah antara perkara yang sering diajukan oleh guru-guru terutamanya apabila penggal persekolahan akan berakhir tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 1:06 PM