Lokasi pemimpin, calon PN berkumpul untuk memantau keputusan terkini penjumlah undiPRN Melaka. Foto Ekhwan Haque Fazlul Haque
Lokasi pemimpin, calon PN berkumpul untuk memantau keputusan terkini penjumlah undiPRN Melaka. Foto Ekhwan Haque Fazlul Haque
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Melaka: Pemimpin dan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dari Perikatan Nasional (PN) mula berkumpul di sebuah hotel di bandar ini selepas tamat tempoh mengundi pada 5.30 petang hari ini.

Hanya calon dan wakil calon saja dibenarkan masuk ke dewan yang disediakan dengan kawalan keselamatan.

Setakat ini, masih tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai sidang media yang akan dibuat PN.

Lokasi ini dipercayai digunakan untuk PN memantau keputusan terkini undian yang kini sedang dijalankan di pusat penjumlahan undi.

Antara pemimpin kanan PN yang hadir Pengerusi PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Keputusan penuh PRN Melaka dijangka diketahui dan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 10 malam ini.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor berkata, pihaknya akan berusaha memastikan keputusan PRN boleh dimaklumkan awal dan tidak lebih daripada 12 tengah malam.

Untuk maklumat dan perkembangan terkini PRN Melaka, sila layari https://www.myundi.com.my/

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 6:31 PM