Dua anggota PPDA sedang mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Pulau Besar petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Dua anggota PPDA sedang mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Pulau Besar petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Siti Rohana Idris


Tumpat: Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dekat Kampung Pulau Besar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari, mangsa Ahmad Hilmi Mas Yuri, 19, pergi ke sungai berkenaan bersama beberapa rakannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2 petang.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari BBP Tumpat dan BBP Pengkalan Kubor bergegas ke lokasi kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat dimulakan dengan pencarian sekitar lokasi mangsa dilhat kali terakhir tenggelam oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 5:00 PM