ANGGOTA bomba melakukan kerja pembersihan selepas kedai roboh. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba melakukan kerja pembersihan selepas kedai roboh. FOTO ihsan Bomba
Juwan Riduan


Papar: Angin kencang menyebabkan lima kedai kayu di pekan Kimanis, di sini, roboh, 6.30 pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Katanya, susulan laporan diterima pada pada 6.51 pagi, lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dikerah ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, keadaan bangunan kedai berkenaan ranap sepenuhnya dan pasukan bomba terus membuat kerja-kerja pembersihan.

"Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan sekitar kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedai berkeluasan 557 meter persegi roboh dipercayai berpunca angin kencang.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.33 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 10:23 AM