WAKIL syarikat CCC-ECRL melawat kawasan yang terjejas.
WAKIL syarikat CCC-ECRL melawat kawasan yang terjejas.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRP), China Communication Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) menghulurkan sumbangan, semalam bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Baru Cina Karak, Pahang, di sini, 1 Oktober lalu.

Sumbangan berkenaan adalah antara insiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang bernilai RM30,000.

Ia juga adalah hasil kutipan sumbangan daripada pihak pengurusan dan kakitangan syarikat CCC-ECRL.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan CCC-ECRL, Kong Qi kepada wakil Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Cina Karak, di sini.

"Mangsa insiden itu berada dekat di hati kami memandangkan seorang pekerja CCC-ECRL juga antara yang terjejas susulan tragedi terbabit.

"Kami berharap, dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan membantu mereka untuk bangkit semula membina rumah dan kehidupan," katanya.

Hadir sama, Pengarah Projek merangkap Ketua Jurutera CCC-ECRL, Deng Bo serta beberapa wakil syarikat yang melawat kawasan yang musnah akibat kebakaran.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 3:12 PM