ASMADI  (tengah) pada misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir berikutan tragedi kejadian kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah. FOTO Ihsan Muip
ASMADI (tengah) pada misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir berikutan tragedi kejadian kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah. FOTO Ihsan Muip
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memberi sumbangan RM50,000 kepada mangsa banjir berikutan tragedi kejadian kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah, minggu lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata, ia disampaikan kepada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah sebelum diagihkan kepada mereka yang layak.

Menurutnya, bantuan itu diharap dapat meringankan beban mangsa terutama apabila banyak harta benda mereka musnah ditengelami banjir.

"Walaupun sudah lebih seminggu kejadian banjir berlaku, namun kesan kerosakan dan lumpur masih lagi kelihatan, kehadiran sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan dapat membantu meringankan beban mangsa.

"Kita simpati dengan apa yang berlaku, selain bantuan kewangan kita turut berdoa semoga semua mangsa diberi kekuatan semangat dan keimanan menghadapi ujian, Yang Maha Esa," katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Sempena misi berkenaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang yang diketuai pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin turut menyumbangkan pelbagai barangan elektrik bernilai RM10,000 kepada mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 8:12 AM