Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Tindakan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan 'Keluar dan #Lawan yang keluar barisan ketika berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, di sini, menyebabkan berlaku kekecohan.

Mereka juga dilihat bertindak agresif apabila dilihat melompat semasa melaungkan slogan 'hidup rakyat'.

Tindakan itu menyebabkan perarakan berkenaan terhenti seketika selepas pihak polis membuat teguran supaya mereka menjaga penjarakan fizikal.

Sebaik memasuki barisan semula, kumpulan berkenaan meneruskan perarakan menuju ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut dilihat berada di lokasi perarakan.

Tindakan peserta demonstrasi keluar barisan ketika berarak menyebabkan berlaku sedikit kekecohan. FOTO NSTP
Tindakan peserta demonstrasi keluar barisan ketika berarak menyebabkan berlaku sedikit kekecohan. FOTO NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 12:32 PM