RUNTUHAN perancah besi struktur pembinaan projek LRT3 di Klang, semalam. FOTO Faiz Anuar
RUNTUHAN perancah besi struktur pembinaan projek LRT3 di Klang, semalam. FOTO Faiz Anuar
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


Kuala Lumpur: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sudah mengarahkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk menyiasat segera insiden runtuhan perancah besi struktur projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Langat, Klang, semalam.

KSM dalam kenyataan berkata, siasatan komprehensif yang akan dijalankan turut membabitkan Bahagian Kejuruteraan Forensik dan Bahagian Keselamatan Tapak Bina JKKP bagi mengenal pasti punca kejadian.

Selain itu katanya, siasatan itu untuk memastikan jika terdapat pelanggaran kehendak perundangan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

"Berdasarkan Akta itu, menjadi tanggungjawab setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya ketika bekerja atau orang awam di tempat kerja yang berada di bawah kawalannya," katanya.

Semalam, seorang pekerja pembinaan projek LRT3 maut, manakala empat lagi selamat dalam kejadian berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Julai 2021 @ 12:01 PM