KESIHATAN petugas KKM berpakaian perlindungan peribadi yang bertugas di Pusat Penilaian COVID-10 (CAC) Stadium Melawati, Shah. FOTO Aswadi Alias
KESIHATAN petugas KKM berpakaian perlindungan peribadi yang bertugas di Pusat Penilaian COVID-10 (CAC) Stadium Melawati, Shah. FOTO Aswadi Alias
Muhammad Yusri Muzamir


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengaktifkan lapan lagi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Selangor, menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 27 pusat sejak 22 Januari lalu.

Pengaktifan tambahan CAC itu dibuat susulan lonjakan kes Covid-19 direkodkan di Selangor, baru-baru ini.

Setakat ini, satu CAC diaktifkan di Stadium Melawati, Shah Alam; Dewan Sukan Klang (Dewan Sri Andalas); Klinik Desa Ulu Yam, Hulu Selangor; Dewan AIM Point, Bandar Sungai Emas, Banting dan Klinik Kesihatan Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Selain itu, dua CAC diaktifkan di daerah Hulu Langat dan Sepang, masing-masing di Dewan Komuniti Taman Kajang Utama; Dewan Komuniti Bandar Mahkota Cheras; Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi dan Dewan Orang Ramai Dengkil.

Baki 18 CAC dibuka di dua daerah, masing-masing 10 di Gombak, manakala lapan di Sabak Bernam.

KKM dalam satu muat naik di Facebook (FB) menasihati orang ramai supaya tidak hanya tertumpu kepada CAC Stadium Melawati di Shah Alam sahaja.

"Sila ke CAC terdekat di kawasan masing-masing untuk mengelakkan kesesakan," katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam entri di FB malam tadi berkata, kes disahkan posotif Covid-19 melalui Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) perlu segera menghubungi CAC.

"Mereka perlu segera berhubung atau walk in ke CAC berhampiran bagi menjalani penilaian dan pemeriksaan kesihatan.

"Rancang perjalanan dan hadir awal ke CAC bagi mengelakkan kesesakan, selain operasi CAC telah dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Julai 2021 @ 6:38 PM