GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 untuk dos pertama dan dos kedua mencecah 10,413,270 setakat semalam.

Melalui perkongsian di Twitter Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, jumlah penerima vaksin dos pertama ialah seramai 7,222,481 orang manakala dos kedua, 3,190,789 orang.

Semalam juga mencatatkan jumlah dos tertinggi diberikan iaitu 376,909 individu.

Berdasarkan paparan grafik yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) itu, Selangor paling tinggi dengan 1,314,946 penerima dos pertama dan 446,583 penerima dos kedua.

Ia diikuti Sarawak dengan 1,311,644 penerima dos pertama, 443,987 penerima dos kedua dan Kuala Lumpur dengan 1,302,525 penerima dos pertama serta 306,469 penerima dos kedua.

Johor juga mencatatkan antara negeri tertinggi iaitu 507,984 penerima dos pertama dan 326,207 penerima dos kedua, manakala Perak merekodkan 435,347 penerima dos pertama dan 250,922 penerima dos kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 12:28 PM