TENGKU Hasanal.
TENGKU Hasanal.
BERNAMA

Kuantan: Polis Kontinjen Pahang menerima 23 laporan berhubung dakwaan kenyataan menghina Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman," katanya ringkas semasa dihubungi di sini hari ini.

Sejak Ahad, tular di laman sosial tangkap layar ciapan akaun di Twitter yang memuat naik gambar Tengku Hassanal yang diedit bersama kenyataan jelik sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 6:18 PM