PREDATOR Triton 300 SE. FOTO ihsan Acer
PREDATOR Triton 300 SE. FOTO ihsan Acer
Husain Jahit


Kuala Lumpur: Acer memperkenalkan barisan pelbagai produk perkomputeran berasaskan reka bentuk dan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan semua peringkat pengguna dalam siaran langsung sidang akhbar global next@acer 2021 sebentar tadi.

Kesemua produk baru berkenaan dibangunkan menggunakan arkitektur terkini merangkumi cip pemproses, cip grafik, sistem penyejuk, hinggalah ada yang menyokong sepenuhnya inisiatif kitar semula.

Empat siri Chromebooks baru diperkenalkan termasuk salah satunya adalah model pertama bersaiz skrin 17.3 inci.

Ia juga menjadi yang pertama di dunia beroperasi di atas platform Intel Evo generasi ke-11.

Swift X pula bercirikan sistem pemprosesan grafik NVIDIA GeForce RTX 30 yang mudah dibawa ke mana kerana reka bentuk barunya yang lebih nipis dan ringan.

Siri Acer TravelMate P6 adalah untuk kategori pengguna profesional dengan reka bentuk nipis dan ringan untuk memudahkannya dibawa ke mana-mana.

Diperbaharui menggunakan pemproses Intel Core vPro generasi ke-11 hanya seberat satu kilogram.

Ia dikuasai oleh bateri berkapasiti tinggi yang sesuai untuk pengguna yang sentiasa bekerja di luar pejabat malah, tidak perlu bimbang dengan penyambungan kerana ia menyokong rangkaian komunikasi 5G dan NFC.

Tidak ketinggalan ialah notebook untuk pereka grafik iaitu ConceptD yang diperkasa oleh pemproses Intel Core H-series generasi ke-11, unit pemproses grafik NVIDIA RTX A5000 dan saiz paparan skrin 16 inci.

ConceptD 5. FOTO ihsan Acer
ConceptD 5. FOTO ihsan Acer

ConceptD 5 dan 7 disesuaikan untuk penggunaan berkeupayaan tinggi, manakala paparannya diiktiraf PANTONE kerana ketepatan warnanya. Manakala ConceptD 3 didatangkan sama ada dengan reka bentuk 'clamshell' atau 'convertible' untuk memenuhi keperluan pengguna.

Bagi gamers pula, siri Predator Triton dan Helios yang dibangunkan di atas platform cip pemproses Intel Core H-series generasi ke-11 dan cip pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX.

Rekaan terbaru itu mengurangkan penggunaan tenaga yang membolehkan kuasa baterinya bertahan sehingga 12 jam.

PREDATOR Orion 3000. FOTO ihsan Acer
PREDATOR Orion 3000. FOTO ihsan Acer

Predator Hellios 500 pula didatangkan sama ada paparan FHD 360Hz dengan masa tindak balas 3 milisaat atau paparan Mini LED 4K 120Hz.

Beberapa peranti berkaitan termasuk router Predator Connect X5 5G CPE, dongle Predator Connect D5 5G dan tetikus Predator Cestus 335 akan memperkaya pengalaman bermain game.

Pada masa sama beberapa monitor khusus untuk permainan komputer turut diperkenalkan dalam siri Predator.

Ia merangkumi Predator CG437K S bersaiz 42.5 inci UHD, Predator X38 S bersaiz skrin 37.5 inci dan Predator X28 dengan skrin 28 inci yang lebih mesra terhadap mata.

Manakala komputer desktop untuk gamers turut diperkenalkan dalam siri Predator Orion dan Nitro.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 12:11 AM