GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kajang: Polis menafikan kematian anggota wanita yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, disebabkan kesan pengambilan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dakwaan kematian anggota itu yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Katanya, polis masih menunggu keputusan bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Kajang.

"Maklumat yang tular hari ini (semalam), di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp kononnya akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19 adalah tidak benar.

"Pihak kami juga sedang menyiasat berita palsu ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menyarankan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak benar yang boleh meresahkan masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kematian koperal yang dikatakan mengalami serangan jantung selepas suntikan kedua vaksin Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 April 2021 @ 5:15 PM