KEADAAN banjir di Kampung Bakalau, Beaufort yang semakin surut. FOTO YUN MIKAIL
KEADAAN banjir di Kampung Bakalau, Beaufort yang semakin surut. FOTO YUN MIKAIL
Yun Mikail


Kota Kinabalu: Situasi banjir di beberapa daerah sekitar Sabah semakin pulih setakat pagi hari ini.

Hanya terdapat 183 mangsa banjir meliputi 51 masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) bagi daerah Beaufort, Pitas dan Paitan.

Jumlah berkenaan menurun berbanding 259 orang membabitkan 69 keluarga malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata Pitas kini menjadi daerah tertinggi mencatatkan mangsa banjir iaitu 104 orang dari 26 keluarga.

"Daerah seterusnya diikuti Pitan dengan seramai 73 mangsa dari 22 keluarga.

"Manakala Beaufort ketika ini hanya mencatatkan enam mangsa membabitkan tiga keluarga.

"Semua penduduk ini adalah daripada 120 kampung meliputi tiga daerah yang masih terjejas," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap APM menyatakan terdapat 35 jalan masih digenangi banjir membabitkan daerah Beaufort, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Paitan dan Lahad Datu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2021 @ 10:48 AM