Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia jam 7 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 132 kilometer (km) timur dari Bitung, Indonesia dengan kedalaman 83 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.