SEORANG wanita melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah pusat kesihatan swasta. FOTO Khairul Azhar Ahmad.
SEORANG wanita melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah pusat kesihatan swasta. FOTO Khairul Azhar Ahmad.
Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Enam daerah di Kelantan kini dikategorikan zon merah susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri itu sejak lebih seminggu lalu.

Enam daerah itu ialah Kota Bharu, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Tumpat dan Bachok.

Malah, semalam Kelantan merekodkan kes harian tertinggi sejak penularan Covid-19 dengan 103 kes baharu menjadikan keseluruhan sebanyak 1,298 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, menerusi Facebook rasminya memaklumkan tiada lagi daerah yang berada dalam zon hijau selepas Pasir Mas dan Pasir Puteh zon jingga, manakala Jeli serta Tanah Merah zon kuning.

"Sebanyak 13 kluster yang dikenal pasti aktif di Kelantan iaitu Halban, Huma, Pintu Geng, Manik, Seragam Chepa, Paloh Tumpat, Belukar, Long Panji, Kaya, Alor Durian, Dataran Utas, Wakaf Lanas dan Cergas.

"Daripada kesemua kluster berkenaan, empat daripadanya dikategorikan sebagai merah, tiga lagi jingga dan yang selebihnya adalah kuning.

"JKNK ingin menasihati orang ramai supaya terus patuhi saranan serta nasihat yang sering ditekankan iaitu patuh prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 12:43 PM