GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
BERNAMA

Putrajaya: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sedang memperhalusi Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu pelan pemberian vaksin yang akan diperoleh kepada penduduk Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat JKJAV yang dipengerusikannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, di sini petang semalam.

Dr Adham melalui hantaran di laman Facebook rasminya berkata mesyuarat turut membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan dalam memperoleh vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan bekalan vaksin daripada COVAX.

Sebelum ini, Khairy dilapor berkata Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dijadual bermula Februari, akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin ini, sebelum dibentangkan kepada kabinet pada hari Rabu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 3:02 PM