SEBAHAGIAN 10 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam Op Bersepadu di Kampung Ulu Melaka dan Kedawang, Langkawi. FOTO Ihsan Jabatan Imigresen Malaysia
SEBAHAGIAN 10 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam Op Bersepadu di Kampung Ulu Melaka dan Kedawang, Langkawi. FOTO Ihsan Jabatan Imigresen Malaysia
Hamzah Osman

Langkawi: Seramai 10 lelaki warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan Op Bersepadu di sekitar Kampung Ulu Melaka dan Kedawang, di sini, awal pagi hari ini.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, serbuan bermula 12.30 tengah malam disertai seramai 16 pegawai dan anggota imigresen selepas menerima maklumat awam.

"Dalam serbuan itu, kesemua warga asing terdiri sembilan warga Pakistan dan seorang warga Cameroon berusia 24 hingga 35 tahun ditahan untuk siasatan.

"Siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imgresen Belantik, Sik untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 4:18 PM