TIGA lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam op alkohol  dan pencegahan jenayah di daerah Petaling Jaya semalam. FOTO IHSAN PDRM
TIGA lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan dalam op alkohol dan pencegahan jenayah di daerah Petaling Jaya semalam. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Tiga lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan pada Op Alkohol dan cegah jenayah di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, fokus utama operasi bermula jam 10 malam hingga 1 pagi itu ialah bagi membanteras dan mencegah pengguna jalan raya daripada memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

"Tiga lelaki tempatan berusia 23 hingga 39 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

"Bukan itu saja malah kami turut memandang serius kesalahan pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang motosikal tanpa lesen sah," katanya pada kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, 180 kenderaan dan 200 individu diperiksa. Pihaknya turut mengeluarkan 35 saman.

"Statistik laporan harian trafik sepanjang tempoh 24 jam semalam merekodkan, 23 individu dan 23 kenderaan diperiksa selain berlaku 28 kemalangan.

"Sebanyak 248 saman dikeluarkan selain lapan individu ditahan atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 5:18 PM