Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan kapal non-convention ships (NCS) untuk aktiviti pemindahan (transhipment) berkuat kuasa sehingga 15 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Ismail Sabri berkata, kebenaran itu diberikan khusus bagi penghantaran lambakan baki stok barangan sedia ada di gudang dekat pelabuhan Sandakan dan Tawau, Sabah.

Katanya, keputusan itu dibuat pada sidang khas MKN yang diadakan semalam.

"Kerajaan Sabah sebelum ini tidak membenarkan kapal NCS untuk memasuki perairan negeri bagi tujuan perdagangan barter (barter trade) dan pemindahan sebagai langkah menyekat penularan Covid-19 di negeri itu.

"Bagaimanapun, MKN Sabah memaklumkan terdapat keperluan untuk membenarkan pergerakan kapal NCS bagi aktiviti pemindahan saja membabitkan penghantaran lambakan baki stok barangan sedia ada," katanya pada sidang media harian, di sini, hari ini.

Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri Yaakob.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 7:27 PM