DR ADHAM BABA
DR ADHAM BABA
BERNAMA

Johor Bahru: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melakukan lawatan mengejut ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tangkak dan Hospital Tangkak hari ini.

Lawatan bagi meninjau kesiapsiagaan fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendepani pelbagai situasi.

Beliau berkata, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan penting terutamanya apabila Tangkak mempunyai kluster pandemik Covid-19 dengan 14 kes sedang dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

"Jadi penting untuk kita tengok kesiapsiagaan fasiliti di mana-mana dan antara fasiliti yang penting ialah Hospital Tangkak itu sendiri dan juga PKD, selain daripada membimbing dan memaklumkan kepada masyarakat tentang program pencegahan awal yang dilaksanakan.

"Kita tidak mahu ada lagi kes Covid-19 muncul di daerah Tangkak dan untuk itu, Tangkak perlu mengukuhkan aktiviti pengawasan atau pemantauannya," katanya kepada pemberita selepas lawatan berkenaan.

Sebanyak 1,315 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 46 daripadanya adalah di Johor, menjadikan jumlah kes terkumpul di negara ini sebanyak 63,176.

Terdahulu, dalam lawatan kira-kira dua jam itu, Dr Adham turut berkesempatan menyantuni petugas barisan hadapan yang berkhidmat di pejabat dan hospital terbabit.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 7:50 PM