KEADAAN kemalangan yang berlaku di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berdekatan Kampung Klah Baru. FOTO Ihsan pembaca
KEADAAN kemalangan yang berlaku di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berdekatan Kampung Klah Baru. FOTO Ihsan pembaca
Rosman Shamsudin

Sungkai: "Saya baru nak mesin rumput di halaman rumah, tiba-tiba terdengar satu dentuman yang amat kuat," kata seorang penduduk Kampung Klah Baru, Isa Saad ,80, ketika ditemui di lokasi kejadian kemalangan maut di Kilometer 88 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, pagi tadi.

lsa berkata, bunyi itu jelas kedengaran walaupun kedudukan rumahnya dengan lokasi kejadian kira-kira 100 meter.

Katanya, dia bergegas ke lokasi kejadian dengan menunggang motosikal sebelum mendapati dua kereta terbabit kemalangan berdekatan simpang masuk kampung.

"Saya hanya terdiam dan terpaku seketika selepas melihat kejadian itu.

"Ramai penduduk kampung cuba membantu mengeluarkan mangsa di dalam kereta Perodua Myvi yang tersepit dalam kereta itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Dalam kemalangan pada 11 pagi itu, tiga termasuk pasangan suami isteri maut selepas kereta Proton Saga dan Perodua Myvi bertembung.

Mangsa, Mohamed Tahir Junus, 64, dan Nor Aini Mohd Sam, 56, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Perodua Myvi, Muhammad Ridhwan Ismail, 22, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

Katanya, kemalangan yang kerap berlaku di kawasan itu menyebabkan dia dapat menduga perkara buruk berlaku.

Katanya, pengguna jalan raya diminta tidak memandu laju di laluan itu kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.

Berita berkaitan:

  • Pemandu Myvi turut maut
  • 'Mungkin mak tak sempat nak makan buah ni'
  • Dua maut, seorang parah kemalangan dua kereta [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 7:05 PM