GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Labuan: Polis Diraja Malaysia adakan sekatan jalan raya di pulau bebas cukai ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 17 hingga 30 Oktober ini.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, sekatan jalan raya itu akan dilaksanakan di dua jalan utama pusat bandar di Jalan Tun Mustapha dan Jalan Patau-Patau mulai 8 pagi esok.

Beliau berkata, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengendalikan sekatan jalan raya seperti sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan hanya dua orang dalam satu kereta dan mereka yang bekerja dalam perkhidmatan penting membawa surat daripada majikan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Labuan semalam berikutan peningkatan kes Covid-19 di pulau itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 7:32 PM