Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Suami isteri 'mingguan' boleh memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk masuk ke negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan adalah sama dengan SOP PKPB yang dilaksanakan pada Mei lalu.

"Mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan memaklumkan mengenai tujuan dan menunjukkan bukti.

"InsyaAllah, polis akan benarkan, untuk lebih maklumat, orang ramai boleh menyemak di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya pada sidang media semalam.

ANGGOTA polis dan tentera membuat sekatan jalan raya di Petaling Jaya (gambar hiasan). FOTO Arkib NSTP
ANGGOTA polis dan tentera membuat sekatan jalan raya di Petaling Jaya (gambar hiasan). FOTO Arkib NSTP

Ismail Sabri berkata, 310 kenderaan diarah berpatah balik oleh anggota keselamatan di sekatan jalan raya (SJR) atas pelbagai alasan pergerakan.

"Antaranya, cuba keluar dari lokaliti atau kawasan PKPD dan cuba merentas negeri yang sedang dilaksanakan PKPB tanpa kebenaran PDRM," katanya.

Tiga negeri paling tinggi kenderaan diarah berpatah balik membabitkan Sabah dengan 201 kenderaan, Johor (64) dan 45 bagi Kuala Lumpur.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 5:41 PM