Norzamira Che Noh


Pelabuhan Klang: Sebanyak 2,376 kilogram brokoli yang dipercayai sudah berkulat dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor di Pelabuhan Barat, di sini, Selasa lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Dr Tarmisal Alimin berkata, brokoli yang dipercayai dibawa masuk dari China itu dirampas menerusi pemeriksaan rutin pihaknya.

"Dagangan brokoli itu ditahan oleh pihak MAQIS kerana dipercayai kerana terdapat kulat pada sayuran itu.

"Nilai dagangan untuk 2,376 kilogram brokoli yang dirampas dianggarkan berjumlah RM15,684.46," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 201.

Katanya, sabit kesalahan, ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

BROKOLI yang dirampas. FOTO Ihsan MAQIS
BROKOLI yang dirampas. FOTO Ihsan MAQIS

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 9:59 AM