Dziyaul Afnan Abdul Rahman

LELAKI warga China direman tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan merasuah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 12 Ogos lalu.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Ainul Shahrin Mohammad selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Terdahulu, suspek berusia lingkungan 40-an tiba di Kompleks Mahkamah Kangar pada 10.30 pagi, diiringi pegawai SPRM.

Semalam, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini, dia direman dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sejak 12 Ogos lalu, atas kesalahan memasuki negara ini secara tidak sah.

Dalam kejadian berkenaan, dia ditahan selepas cuba menyogok anggota PGA wang RM12,869 dan dua jam tangan mewah bernilai RM3,500.

Dia melakukan perbuatan itu selepas ditahan kerana masuk ke negara ini secara haram di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Padang Besar.

. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan reman tujuh hari seorang warga China selepas cuba merasuah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba memasuki negara ini secara haram di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Padang Besar, 12 Ogos lalu. FOTO DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN

Berita berkaitan

  • Cuba sogok wang tunai, jam tangan mewah
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 1:17 PM