LAPORAN Harian Metro.
LAPORAN Harian Metro.
Norzamira Che Noh


SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan takziah atas pemergian

Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad yang meninggal dunia hari ini.

Dalam titah perutusan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham

Sultan Sharafuddin mula mengenali Allahyarham apabila baginda dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM pada tahun 2000 sehingga 2005.

Semenjak itu, setiap kali ada kesempatan bertemu, baginda dan Allahyarham akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan kali terakhir baginda menerima menghadap Allahyarham adalah pada 9 Julai lalu di Istana Bukit Kayangan.

Baginda menganggap Allahyarham sebagai seorang yang mesra, kuat semangat dan berpengetahuan tinggi.

Di atas jasa dan baktinya, Sultan Selangor berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Allahyarham pada tahun 2011.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi ini di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang, Selangor.

Allahyarham Abdul Rahman dilantik sebagai Pro Canselor UiTM pada 15 Disember 2002.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 6:11 PM