HOSSEN Md Afjal. FOTO Ihsan polis.
HOSSEN Md Afjal. FOTO Ihsan polis.
Nurul Hidayah Bahaudin


IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga saksi utama bagi perbicaraan kes samun kedai serbaneka di Jalan Merdeka Villa, Kuala Lumpur, Mei tahun lalu.

IPD Ampang Jaya dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan saksi berkenaan dikenali sebagai Hossen Md Afjal berusia 28 tahun.

"Lelaki itu diperlukan bagi tujuan perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki terbabit diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Zanariah Ismail di talian 018-9600402 atau 03-42952222 sambungan 7267 atau tampil di balai polis berhampiran," katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit adalah juruwang yang bertugas di kedai serbaneka berkenaan ketika kejadian samun berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 4:09 PM