MD Rayhan (tengah) ditahan Jabatan Imigresen bulan lalu.
MD Rayhan (tengah) ditahan Jabatan Imigresen bulan lalu.
Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang terbabit dengan dokumentari Al Jazeera disyaki berniat memburukkan Malaysia.

"Selepas kertas siasatan dilengkapkan kita akan menghantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," kata Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur, 24 Julai lalu selepas Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang awam menjejaki individu itu yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan mengenai layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Pada 25 Julai lalu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Berita berkaitan:

  • Md Rayhan mohon maaf, tak berniat sakiti hati rakyat Malaysia
  • 'Saya tidak buat jenayah dan tidak menipu': Md Rayhan

  • Md Rayhan Kabir diusir, senarai hitam ke Malaysia selama-lamanya
  • Md Rayhan Kabir ditahan
  • Finas siasat Al Jazeera berkaitan lesen penggambaran dokumentari
  • Hormatilah tuan rumah
  • Permit kerja Rayhan Kabir sudah dibatalkan
  • 'Saya nak Rayhan Kabir jelaskan apa maksud Pati dilayan seperti binatang': KPN
  • Laporan Al Jazeera ada kecenderungan burukkan nama Malaysia [METROTV]
  • Kakitangan Al Jazeera buat laporan polis, rasa terancam
  • Al Jazeera pertahan 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'
  • Tidak kenang budi
  • Md Rayhan Kabir diburu Imigresen
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 11:28 AM