DR Shamsuddin Ahmad (dua dari kiri) menerima tetawak (gong) daripada Mohammad Ariff Sidek (kiri) di Balai Penghulu Luak Inas, Kuala Pilah. FOTO ihsan LMNS
DR Shamsuddin Ahmad (dua dari kiri) menerima tetawak (gong) daripada Mohammad Ariff Sidek (kiri) di Balai Penghulu Luak Inas, Kuala Pilah. FOTO ihsan LMNS
Amran Yahya


JIKA dua minggu lalu Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) menerima kipas padi berusia lebih 100 tahun dari Luak Inas, hari ini mereka menerima artifak bersejarah iaitu sebuah tetawak (gong).

Tetawak milik Allahyarhamah Hajah Ibah Leper dari Kampung Ulu Inas, Johol yang disimpan oleh cicit beliau iaitu Aziz Zakaria yang kini menetap di Felda Raja Alias 4, Jempol.

Penyerahan itu dilaksanakan oleh Penghulu Luak Inas, Mohammad Ariff Sidek kepada pengarah LMNS, Dr Shamsuddin Ahmad di Balai Penghulu Luak Inas, Kuala Pilah, kelmarin.

Menurut Mohammad Ariff , tetawak adalah alat penting untuk pelbagai kegunaan dan perlu dimiliki oleh masyarakat satu ketika dahulu.

"Sebagai contoh, ia digunakan sebagai alat perhubungan khususnya di Luak Inas untuk memberitahu berlaku kecemasan seperti wanita yang handak bersalin atau kematian.

"Tetawak ini diperbuat daripada besi dan tembaga dengan menggunakan seni tangan dan diletakkan di anjung rumah iaitu tempat yang mudah dipukul.

"Manakala kayu pemukul yang digunakan diperbuat daripada rotan," katanya ketika ditemui di Balai Penghulu Luak Inas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 2:28 PM