Amir Abd Hamid

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menzahirkan selamat Hari Wesak hari ini kepada semua penganut agama Buddha di negara ini, terutamanya petugas kesihatan dan anggota barisan hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lazimnya sempena Hari Wesak, penganut Buddha mengunjungi kuil bersama-sama keluarga pada waktu pagi untuk upacara keagamaan.

Beliau berkata, walaupun perhimpunan secara besar-besaran dan aktiviti kunjung-mengunjungi tidak dibolehkan pada masa kini namun begitu sambutan perayaan itu kali ini masih boleh diraikan dengan norma dan kelaziman baharu.

"Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih perlu dipatuhi, pastikan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya satu meter daripada orang lain dan tidak mengadakan atau menyertai sambutan secara beramai-ramai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

PEMBANTU Ketua Thai Buddhist Chetawan Temple, Phra Maha Amnoi memberi ceramah keagamaan sempena menyambut Hari Wesak melalui laman media sosial untuk penganut Buddha susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19. FOTO Hazreen Mohamad

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2020 @ 5:34 PM