Suraya Roslan dan Muhaamad Hafis Nawawi


PENUTUPAN Pasar Borong Kuala Lumpur hingga Khamis ini adalah untuk membolehkan proses sanitasi dilakukan dan ia berikutan ramai pekerja tinggal di kawasan sekitar yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang ditutup sebenarnya di sekitarnya tetapi ramai pekerja di pasar itu terdiri dari mereka yang tinggal di sekitar itu.

Menurutnya, tujuannya bukan untuk ditutup 14 hari seperti PKPD di kawasan sekitar tetapi hanya empat hari supaya sanitasi boleh dilaksanakan.

“Jadi kita mahu apabila buka nanti kawasan itu sudah disanitasi untuk kesihatan.

“Soal peniaga dan pekerja mungkin kita akan minta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan bagi memastikan mereka juga tiada jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, di sini, hari ini.



Mengulas mengenai dakwaan ada majikan memberi cuti tanpa gaji kepada pekerjanya, Ismail Sabri berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia dari segi akta pekerja sama ada ia dibenarkan atau tidak dibenarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 3:36 PM
KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan sanitasi di sekitar kawasan perumahan di Taman Wilayah, Selayang selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan sanitasi di sekitar kawasan perumahan di Taman Wilayah, Selayang selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali